Keys 1
Menjejaki kenderaan di platform jaringan dalam masa yang tepat
Keys 2
Data dapat dirujuk dengan pantas dari pusat pengkalan data
Keys 3
Mesra pelanggan dan penjejakan jaringan dalam kejadian lalu yang dilaporkan
Keys 4
Menyediakan pelbagai bahasa
Keys 5
Pengguna boleh melanggan laman web perkhidmatan walau di mana jua

Tentang Kami

GP Search Sdn Bhd (1005471- T) merupakan syarikat persendirian dan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan dan Taiping Perak Malaysia.

Diasaskan pada 2011, GP Search telah berkembang dengan ketara dalam sepanjang tahun ini dari segi asas pelanggan mahupun dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam GPS Tracking System. Perkhidmatan kami adalah khusus dan focus untuk menyediakan kemudahan sistem pengesanan kepada perseorangan dan haiwan peliharaan mahupun syarikat logistic, bas, teksi, kereta dan perkhidmatan penghantaran.Untuk objek yang bergerak, kami mampu mengesan, memantau dan menguruskan dengan sistem laporan (seperti penggera SOS, penjejakan laluan, kejadian lalu, jaringan komunikasi yg terpantas, melebihi hadlaju, tempoh letak kenderaan, jarak perjalanan dan aksesori tambahan seperti penderia bahan api, kamera dan pengesahan RFID untuk peningkatan cici-ciri). Pasukan teknikal GP Search mempunyai pengalaman yang luas dalam menyediakan keperluan khusus dan cara penyelesaian terkini untuk semua jenis kenderaan, kumpulan, peribadi dan semua objek yang bergerak.

GP Search berbangga dengan persekitaran yang dinamik – tidak pernah berpuas hati dengan status quo. Kami sentiasa berusaha mencabar pengetahuan konvensional dalam teknologi untuk memberikan penyelesaian dan mencadangkan teknologi yang terbaik untuk semua projek. Kakitangan kami yang berdedikasi dan berpengalaman sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik dan kompetetif kepada pelanggan. Ia telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam aktiviti-aktiviti semasa, melaksanakan kerja tepat pada masanya untuk tahap keselamatan yang tinggi dan berkualiti.

Vehicle tracking and disaster recovery solution

GP Search berkait rapat dan membina hubungan kerja padu dengan beberapa rakan-kongsinya. Syarikat kami menyediakan perkhidmatan perundingan bagi penyelesaian Global Positioning Searching untuk memudahkan penjejakan/pemantauan/pengurusan kerja yang lebih produktif dan cekap.