Keys 1
Menjejaki kenderaan di platform jaringan dalam masa yang tepat
Keys 2
Data dapat dirujuk dengan pantas dari pusat pengkalan data
Keys 3
Mesra pelanggan dan penjejakan jaringan dalam kejadian lalu yang dilaporkan
Keys 4
Menyediakan pelbagai bahasa
Keys 5
Pengguna boleh melanggan laman web perkhidmatan walau di mana jua

Penyelesaian GPS Sistem untuk Treler

Treler ialah salah satu cara yang terbaik untuk mengangkut barangan kerana ia boleh membawa lebih daripada satu tan barangan bagi perjalanan jauh. Proses pengakutan barang akan memakan masa dan kos serta boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Pemandu boleh tidak mengikut laluan yang tetap bagi memudahkan mereka membantu syarikat lain membawa barangan mereka untuk sumber pendapatan tambahan.Keadaan ini akan membazirkan masa dan wang syarikat.Tambahan pula, minyak boleh dicuri oleh pemandu untuk kepentingan diri sendiri.Selain itu, barang- barang berharga mungkin akan dirampas sebelum sampai ke destinasi pengakutan dan ini akan membahayakan pemandu syarikat.

Dengan menggunakan GPS Tracking System yang maju, ia akan menjadi landasan kepada kami untuk mengesan lokasi pemanduan:

  • Data tepat seluruh perjalanan boleh diperolehi seperti masa, tarikh, kedudukan
    (garis bujur dan latitud),alamat, kelajuan, altitude, arah, kecemasan dan lebih banyak lagi.
  • Kami boleh mengetahui dan memantau sama ada treller dipandu dalam keadaan cepat atau sebaliknya.Apabila pemandu mempercepatkan kenderaan, lokasi kenderaan juga boleh dikesan melalui system kami. Setiap laporan boleh ditukarkan dalam bentuk dokumen. Ini akan mengurangkan kos yang tidak perlu pada syarikat seperti saman melebihi had laju.
  • Kami boleh mengetahui apabila treller bergerak dan apabila dihentikan (meletak kenderaan). Data lengkap akan diperolehi seperti masa dan lokasi apabila kenderaan berhenti. Kelebihan laporan ini ialah kami akan mengetahui sama ada pemandu treller bekerja dalam waktu yang ditetapkan.
  • Minyak mudah dicuri oleh orang lain kerana tangki minyak dibina dibahagian luar kenderaan. Melalui system, kami boleh memeriksa tahap minyak mengikut tempoh yang ditetapkan. Misalnya, kecurian dapat dikesan melalui pengurangan paras minyak secara mendadak.
  • Jika kecemasan berlaku, pengunaan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan adalah satu perkara yang mustahil. Terdapat sejenis butang SOS melalui GPS Tracking kami, yang memudahkan pengguna untuk menekan butang SOS apabila berlaku kecemasan. Ini memudahkan pihak kami menyelesaikan masalah yang berlaku. Urusan boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana pusat Command Center kami beroperasi selama 24 jam.