Keys 1
Menjejaki kenderaan di platform jaringan dalam masa yang tepat
Keys 2
Data dapat dirujuk dengan pantas dari pusat pengkalan data
Keys 3
Mesra pelanggan dan penjejakan jaringan dalam kejadian lalu yang dilaporkan
Keys 4
Menyediakan pelbagai bahasa
Keys 5
Pengguna boleh melanggan laman web perkhidmatan walau di mana jua

Penyelesaian GPS Sistem untuk Teksi

Teksi ialah satu industri yang boleh meningkatkan ekonomi di negara kita. Penggunaan teksi kebanyakannya membawa pelancong asing.Terdapat banyak kes rompakan dan penculikan yang melibatkan teksi.Ini menjatuhkan imej negara.

Tabiat pemanduan yang tidak berkhemah boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Dengan menggunakan GPS Tracking System yang maju, ia akan menjadi landasan kepada kami untuk mengesan lokasi pemanduan:

  • Data tepat seluruh perjalanan boleh diperolehi seperti masa, tarikh, kedudukan (garis bujur dan latitud),alamat, kelajuan, altitude, arah, kecemasan dan lebih banyak lagi.
  • Jika kecemasan berlaku, pengunaan telefon bimbit untuk mendapatkan bantuan adalah satu perkara yang mustahil. Terdapat sejenis butang SOS melalui GPS Tracking kami, yang memudahkan pengguna untuk menekan butang SOS apabila berlaku kecemasan. Ini memudahkan pihak kami menyelesaikan masalah yang berlaku. Urusan boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana kami beroperasi selama 24 jam.
  • Kami boleh mengetahui dan memantau sama ada teksi dipandu dalam keadaan cepat atau sebaliknya.Apabila pemandu teksi mempercepatkan kenderaan, lokasi kenderaan juga boleh dikesan melalui system kami. Setiap laporan boleh ditukarkan dalam bentuk dokumen. Ini akan mengurangkan kos yang tidak perlu pada syarikat seperti melebihi had laju.
  • Kami boleh mengetahui apabila teksi bergerak dan berhenti.Kami juga boleh memantau jarak pemanduan dan laluan melalui system kami. Data lengkap akan diperolehi seperti masa dan lokasi apabila kenderaan berhenti. Kelebihan laporan ini ialah kami akan mengetahui sama ada pemandu teksi melalui laluan yang betul bagi mengurangkan kos pembayaran yang dikenakan pada penumpang
  • Sistem kita boleh mengunci kenderaan dari jauh dan enjin kenderaan akan secara automatiknya akan dipadam melalui pusat 24 / 7. Misalnya apabila pemandu teksi dirompak, butang SOS boleh digunakan bagi mendapatkan pertolongan (Mengikut terma dan syarat).