Keys 1
Menjejaki kenderaan di platform jaringan dalam masa yang tepat
Keys 2
Data dapat dirujuk dengan pantas dari pusat pengkalan data
Keys 3
Mesra pelanggan dan penjejakan jaringan dalam kejadian lalu yang dilaporkan
Keys 4
Menyediakan pelbagai bahasa
Keys 5
Pengguna boleh melanggan laman web perkhidmatan walau di mana jua

Penyelesaian Untuk Pengesan Aras Minyak

Harga bahan api lebih mahal berbanding sebelum ini. Ini menyebabkan kes kecurian minyak dari kenderaan, artikel tentang hal tersebut sentiasa dibaca dari berita dan akhbar. Tangki treler atau trak yang dibina di bahagian luar mudah dicuri dan menjadi sasaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab, dan kebanyakan kes kecurian minyak dilakukan oleh kakitangan syarikat. Bahan api yang digunakan oleh trak dan treler ialah diesel dan harga diesel hampir sama seperti harga petrol. Diesel boleh dicuri dengan membuka penutup tangki. Dengan ini, kerugian yang dialami mencecah ribuan Ringgit setiap bulan. Malah terdapat beberapa jenis tangki minyak treler juga boleh mengisi RM500 diesel, bayangkan seorang pekerja mencuri 10% diesel satu hari yang mana bernilai RM50 , dan syarikat treler mempunyai 50 treler.Ini bermaksud syarikat treler akan kehilangan RM75,000 sebulan.Bermakna kerugian bagi tempoh setahun adalah sebanyak RM900,000 setahun!

Melalui pemasangan produk syarikat kami yang menggunakan sistem maju, syarikat treler berupaya menjimatkan kos bahan api ratusan ribu Ringgit dalam setahun. Bahan api boleh diperiksa dengan lebih mudah hanya dengan log masuk ke saluran kami.Bahan api juga boleh dipantau sepanjang masa.

Misalnya, tahap bahan api sebuah treler kekal di 60% pada waktu 6:00petang, tetapi jika penurunan kepada 30% selepas 5 minit, ini bermakna bahan api telah dicuri kerana tahap penurunan bahan api secara mendadak dalam masa yang singkat.